ايففانيسا: Fadilat Surah Al Ikhlas

  • perkongsian di harap membawa manfaat


ChatBox


Tabung


Daily Quotes


Daisypath


16:11 | 0 Cloud(s)
Fadilat Surah Al Ikhlas





"Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Tuhan yang Maha Esa; Allah yang menjadi tumpuan sekalain makhluk untuk memohon sebarang hajat; Dia tiada beranak, dan Dia tidak pula diperanakkan; dan tidak ada sesiapun yang serupa dengan Nya"


 Fadilat Surah AL IKHLAS 


  Surah ini merupakan surah yang paling popular dan lazim dibaca didalam solat setelah membaca surah Al Fatihah. Ia ringkas dan mengandungi pengertian yang amat bermakna iaitu mentauhidkan Allah yang Maha Esa.

  Surah ini juga dibaca dalam majlis-majlis tertentu seperti majlis tahlil dan sebelum membaca surah Yasin. Surah ini juga dibaca dalam pelbagai solat sunat seperti solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tahajjud dan pelbagai lagi.


  Fadilat membaca surah ini amat banyak, antaranya ialah diampunkan dosa, terpelihara daripada melakukan dosa dan terlepas dari siksa kubur. Insya Allah.


  Jika dibaca ketika hendak masuk dan keluar rumah sendiri, Insya Allah akan terhindar daripada kemiskinan yang melampau dan dikasihi oleh masyarakat sekitar.


  Membaca sebanyak tiga kali pahalanya nya menyamai pembacaan seluruh al-Quran.Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Aisyah r.a.:"Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu sebelum khatam al-Quran, sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhirat, sebelum para muslim meredhai kamu dan sebelum kau laksanakan haji dan umrah."

Aisyah r.a. bertanya kembali:"Ya Rasulullah! Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara dalam waktu yang singkat?"

Rasulullah tersenyum dan bersabda:"Jika engkau tidur bacalah al-Ikhlas sebanyak tiga kali, seakan-akan kau mengkhatamkan al-Quran. Bacalah selawat untuku dan para Nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Beristighfarlah untuk para muslim maka mereka akan meredhai kamu. Dan perbanyakkan bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadat haji dan umrah."


  Sesiapa yang membacanya dalam solat sunat Dhuha pada rakaat kedua sebanyak 10 kali setelah membaca ayat Kursi 10 kali pada rakaat pertama, insya Allah ada rezeki untuknya pada hari itu.



Sesungguhnya yang baik datang nya dari Allah S.W.T.
DAN
segala kekurangan datangnya dari kita sendiri.

Ilmu yang baik apasalahnya dikongsi bersama. kan? janganlah kita menjadi orang yang lokek ilmu. Semoga setiap apa yang kita lakukan akan mendapat keredhaan Allah S.W.T. amiinn.




0 Comments:


Post a Comment