ايففانيسا: Ibadah Ahli Syurga

  • perkongsian di harap membawa manfaat


ChatBox


Tabung


Daily Quotes


Daisypath


04:25 | 1 Cloud(s)
Ibadah Ahli Syurga

Assalamualaikum w.b.t.

Tidak salah rasanya jikalau kita berkongsi apa yang kita tahu pada sesiapa pun. Kerana setiap ilmu yg kita dapat bukan sekadar untuk pengetahuan kita, tetapi juga untuk di kembangkan bagi pengetahuan orang lain. 'Ibadah Ahli Syurga' pasti kita sendiri rasa ingin tau macam mana agaknya ibadah ahli syurga ni kan? so. i ada story pasal ni.


Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Nasa'i, Anas bin Malik menceritakan satu peristiwa yang dialaminya dalam sebuah majlis bersama Rasulullah s.a.w.. Suatu hari sewaktu para sahabat duduk bersama Rasulullah s.a.w., baginda bersabda yang bermaksud: "Sebentar lagi akan muncul dihadapan kalian seorang lelaki penghuni syurga." Seketika kemudian muncul seorang lelaki Ansar yang janggutnya basah dengan air wuduk nya. Dia mengikat kedua-dua belah sandalnya pada tangan sebelah kiri.

Keesokkan harinya, Rasulullah s.a.w. mengulangi perkataan yang sama:"Akan datang seorang lelaki penghuni syurga." Dan muncul jua lelaki yang sama. Begitulah Nabi mengulanginya sehingga tiga kali. Seusai majlis Rasulullah itu, Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a. mengikut lelaki yang disebut oleh Nabi itu. Beliau cuba mencari helah untuk tinggal bersamanya. "Saya bertengkar dengan ayah saya, saya berjanji kepadanya bahawa saya tidak akan menemuinya selama tiga hari. Boleh kah kamu memberi tempat perlindungan kepada saya selama tiga hari itu?" pinta Abdullah kepada lelaki itu. Abdullah diizinkan oleh lelaki itu ke rumahnya dan tidurlah selama tiga malam. Selama itu Abdullah ingin menyaksikan ibadah apakah yang dilakukan oleh orang itu sehingga dia di khabarkan oleh Rasulullah sebagai penghuni syurga. Tetapi selama itu juga dia tidak menyaksikan sesuatu apa yang istimewa dalam ibadahnya.

Kata Abdullah: "Setelah tiga hari aku melihat amalannya sehingga aku hampir-hampir meremehkan amalannya, lalu aku berkata: 'Hai hamba Allah! sebenarnya aku tidak bertengkar dengan ayahku dan tidak juga aku menjauhinya. Tetapi aku mendengar Rasulullah s.a.w. berkata tentang dirimu sehingga tiga kali. Aku ingin memerhati amalanmu sehingga aku dapat menirunya. Mudah-mudahan dengan amalan yang sama aku mencapai kedudukan denganmu.' Berkata lelaki tersebut: 'Apa yang aku amalkan tidak lebih daripada apa yang engkau saksikan.'

"Ketika aku mahu pulang, dia memanggilku dan berkata: 'Demi Allah, amalku tidak lebih daripada apa yang engkau saksikan itu. Hanya aku tidak pernah menyimpan pada diriku niat yang buruk terhadap kaum muslim, dan aku tidak pernah menyimpan rasa dengki atas kebaikan yang diberikan Allah pada mereka."

"Lalu aku berkata: 'Begitu bersihnya hatimu daripada perasaan buruk terhadap kaum muslim dan bersihnya hatimu daripada perasaan dengki, inilah yang menyebabkan engkau sampai ke tahap terpuji itu. Inilah yang tidak mampu kami lakukan." (Hayat al-Shahabah, jil 2, hlm. 520-521)

1 Comments:

Blogger effashasha said...

maaf andai tersilap.


Post a Comment