ايففانيسا

  • perkongsian di harap membawa manfaat


ChatBox


Tabung


Daily Quotes


Daisypath


20:25 | 0 Cloud(s)
End of The Year



Salam Semua..
Haloo
Anyeonghaseyoooo

waa lama dah tak bukak blog. rsa mcm janggal lak nak cakap sesuatu. hehe
btw, dah nak penghujung 2014 lah. rasanya tak ada yang berubah kot sepanjang tahun ni, berubah tu adalah sedikit tapi tak banyak. dugaan tu banyaklah. kalau part mencapai kebahagian tu belom kot. huhu. takpe takpe. releks je. dugaan tu normal lah kot untuk kita yang bergelar hamba kan. Harap kite kuat je lah menghadapinya.

Thats All for today. see yaa!
05:10 | 1 Cloud(s)
Ketentuan Allah 💓😔


❤Bismillahirrahmanirrahim..
💚Assalamualaikum w.b.t.

Segala puji pujian hanyalah kepada sang pencipta Allah s.w.t.. dariNya kita datang dan kepadaNya jualah kita kembali. Tidak kira seteguh manapun benteng kita, jika ajal telah menjemput maka kita tak akan dapat menundanya walau sesaat. Ingatlah bahawa ajal menjengukmu 70 kali sehari. Bayangkan sepanjang hidupmu berapa kali ajal menjenguk. Lahawla wala quwwata illa billahil aliyil adzim.. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita.. Amin. 

Satu dua kata pembuka cerita.. blog yg dah sekian lama tak terjenguk akhirnya punya juga sedikit masa untuk kongsi sedikit cerita.. 

Pejam celik tak sedar dah nak sampai penghujung 2014, dimanakah kita seterusnya.. ya Allah tahun ni rasa terlalu perit bagiku dan mungkin sukar untuk ku tempuhi segala ujian dan cobaan dariMu.. Sebagai umat Islam kita telah di didik untuk teguh dengan keimanan.. Satu berita yang sangat mengejutkan diterima.. Tak terucap dibibir.. Tak terfikir di fikiran.. Andai ini lah takdir hidup yang ditentukan Allah maka aku berserah segalanya kepadaMu..

Andai saja ada yang memahami perasaan ini 😭 uarghhh! feeling nak nanges ! kita semua punya cerita berbeza dan punya kegembiraan dan kesedihan berbeza.. DAN INILAH CERITAKU 👩


🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀



04:00 | 0 Cloud(s)
Muka surat Baru Hidupku



Assalamualaikum.. 1st of all nak ucap Alhamdulillah sebab dapat jugak bukak blog. Rse macam lama jugak dah kot tak menghamburkan kata-kata yang menyampah. Uolls tak yah benci sangatlah. Actually sejak busy dgn kerja ni takde mase tul nak belek handphone. Laptop apatah lagi kan. Ok skarang bile dh mrase dunia pekerjaan ni terasa mcm rindu plak dgn zaman sekolah. Rasenye bukan aku sorang je rsa gitu kot. Hmmmm. 

Nak dipendekkan cite, entri ni bukan nye ade yg menarik pun. Heheh saje je melepah rindu nak meluah isi hati den ni. Kekadang tu rase sunyi plak bile asyik busy dgn kerja. Yelah kan. Dlm kepala pikir kerje je takde mse utk diri sendiri. Shame on me. Tapi takpe jodoh tu smua Allah dah aturkan. Kita doa dan tawakal semoga dipermudahkan segala. Aminnn. Thats all from me. Take a good care. Love ♥ 
16:49 | 0 Cloud(s)
Mimpi Bertunang


Assalammualaikum.
Rasa macam excited pulak nak g cite sal mimpi semalam. Mana tak nye.. mimpi pasal seseorang masuk meminang. Orang kata mimpi ni hanya mainan tidur.. yes! Mainan tidur. Tapi kadang-kadang ada jugak yang betul-betul terjadi.. mimpi je kot, takyah nak pikir sangat kan.. but this one really buat i tak tentu dan asyik memikirkannya..

Tapi kalau betul pun jadi Alhamdulillah la kan?? Ape usaha i?? I pun google lah maksud mimpi ni. Mostly yang i dapat semuanya kata akan berlaku dalam waktu terdekat.. haa.. yang ni lagi lah buat i betol betol curious.. nak tanya kat parents takut pulak dia orang pikir lain..

Hanya mampu berdoa agar semuanya di permudahkan.. Aminn..

Tapi kan, sedar je dari mimpi, rasa macam nak marah je.. haha.. ingatkan betol rupanye mimpi semata..

Anyway, semua yang berlaku atas kehendak-Nya.. kita hanya mampu berdoa dan berusaha.. insyaAllah..



04:25 | 1 Cloud(s)
Ibadah Ahli Syurga

Assalamualaikum w.b.t.

Tidak salah rasanya jikalau kita berkongsi apa yang kita tahu pada sesiapa pun. Kerana setiap ilmu yg kita dapat bukan sekadar untuk pengetahuan kita, tetapi juga untuk di kembangkan bagi pengetahuan orang lain. 'Ibadah Ahli Syurga' pasti kita sendiri rasa ingin tau macam mana agaknya ibadah ahli syurga ni kan? so. i ada story pasal ni.


Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Nasa'i, Anas bin Malik menceritakan satu peristiwa yang dialaminya dalam sebuah majlis bersama Rasulullah s.a.w.. Suatu hari sewaktu para sahabat duduk bersama Rasulullah s.a.w., baginda bersabda yang bermaksud: "Sebentar lagi akan muncul dihadapan kalian seorang lelaki penghuni syurga." Seketika kemudian muncul seorang lelaki Ansar yang janggutnya basah dengan air wuduk nya. Dia mengikat kedua-dua belah sandalnya pada tangan sebelah kiri.

Keesokkan harinya, Rasulullah s.a.w. mengulangi perkataan yang sama:"Akan datang seorang lelaki penghuni syurga." Dan muncul jua lelaki yang sama. Begitulah Nabi mengulanginya sehingga tiga kali. Seusai majlis Rasulullah itu, Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a. mengikut lelaki yang disebut oleh Nabi itu. Beliau cuba mencari helah untuk tinggal bersamanya. "Saya bertengkar dengan ayah saya, saya berjanji kepadanya bahawa saya tidak akan menemuinya selama tiga hari. Boleh kah kamu memberi tempat perlindungan kepada saya selama tiga hari itu?" pinta Abdullah kepada lelaki itu. Abdullah diizinkan oleh lelaki itu ke rumahnya dan tidurlah selama tiga malam. Selama itu Abdullah ingin menyaksikan ibadah apakah yang dilakukan oleh orang itu sehingga dia di khabarkan oleh Rasulullah sebagai penghuni syurga. Tetapi selama itu juga dia tidak menyaksikan sesuatu apa yang istimewa dalam ibadahnya.

Kata Abdullah: "Setelah tiga hari aku melihat amalannya sehingga aku hampir-hampir meremehkan amalannya, lalu aku berkata: 'Hai hamba Allah! sebenarnya aku tidak bertengkar dengan ayahku dan tidak juga aku menjauhinya. Tetapi aku mendengar Rasulullah s.a.w. berkata tentang dirimu sehingga tiga kali. Aku ingin memerhati amalanmu sehingga aku dapat menirunya. Mudah-mudahan dengan amalan yang sama aku mencapai kedudukan denganmu.' Berkata lelaki tersebut: 'Apa yang aku amalkan tidak lebih daripada apa yang engkau saksikan.'

"Ketika aku mahu pulang, dia memanggilku dan berkata: 'Demi Allah, amalku tidak lebih daripada apa yang engkau saksikan itu. Hanya aku tidak pernah menyimpan pada diriku niat yang buruk terhadap kaum muslim, dan aku tidak pernah menyimpan rasa dengki atas kebaikan yang diberikan Allah pada mereka."

"Lalu aku berkata: 'Begitu bersihnya hatimu daripada perasaan buruk terhadap kaum muslim dan bersihnya hatimu daripada perasaan dengki, inilah yang menyebabkan engkau sampai ke tahap terpuji itu. Inilah yang tidak mampu kami lakukan." (Hayat al-Shahabah, jil 2, hlm. 520-521)
05:29 | 0 Cloud(s)
Ceritera

Assalamualaikum w.b.t.

rasa mcm lama sgt dah tak update. since busy dgn kerja dan takde masa nak bukak blog. hari ni terasa pulak nk bercerita. bercerita bkn nak kasi org baca tp sekadar luahan hati. 

hijabiz:

Beautiful way to bring us close to The One Who love us the most..<3

rasa mcm tak tau plk mcm mna nak mulakan cerita. ini semua gara-gara kepala yg tengah serabut. kottt. astaghfirullahalazim. hmm. nk d jadikan cerita memang susah sangat nak jaga hati orang. sampai satu tahap tak tau nk buat apa. tapi semua tu ada jalan penyelesaian. hmm. rse mcm merapu tak tentu psal plak. haiyaaaa. next time je lh cite lagi. hoho. hahahaha. 

Assalamualaikum w.b.t.
16:11 | 0 Cloud(s)
Fadilat Surah Al Ikhlas





"Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Tuhan yang Maha Esa; Allah yang menjadi tumpuan sekalain makhluk untuk memohon sebarang hajat; Dia tiada beranak, dan Dia tidak pula diperanakkan; dan tidak ada sesiapun yang serupa dengan Nya"


 Fadilat Surah AL IKHLAS 


  Surah ini merupakan surah yang paling popular dan lazim dibaca didalam solat setelah membaca surah Al Fatihah. Ia ringkas dan mengandungi pengertian yang amat bermakna iaitu mentauhidkan Allah yang Maha Esa.

  Surah ini juga dibaca dalam majlis-majlis tertentu seperti majlis tahlil dan sebelum membaca surah Yasin. Surah ini juga dibaca dalam pelbagai solat sunat seperti solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tahajjud dan pelbagai lagi.


  Fadilat membaca surah ini amat banyak, antaranya ialah diampunkan dosa, terpelihara daripada melakukan dosa dan terlepas dari siksa kubur. Insya Allah.


  Jika dibaca ketika hendak masuk dan keluar rumah sendiri, Insya Allah akan terhindar daripada kemiskinan yang melampau dan dikasihi oleh masyarakat sekitar.


  Membaca sebanyak tiga kali pahalanya nya menyamai pembacaan seluruh al-Quran.Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Aisyah r.a.:"Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu sebelum khatam al-Quran, sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhirat, sebelum para muslim meredhai kamu dan sebelum kau laksanakan haji dan umrah."

Aisyah r.a. bertanya kembali:"Ya Rasulullah! Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara dalam waktu yang singkat?"

Rasulullah tersenyum dan bersabda:"Jika engkau tidur bacalah al-Ikhlas sebanyak tiga kali, seakan-akan kau mengkhatamkan al-Quran. Bacalah selawat untuku dan para Nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Beristighfarlah untuk para muslim maka mereka akan meredhai kamu. Dan perbanyakkan bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadat haji dan umrah."


  Sesiapa yang membacanya dalam solat sunat Dhuha pada rakaat kedua sebanyak 10 kali setelah membaca ayat Kursi 10 kali pada rakaat pertama, insya Allah ada rezeki untuknya pada hari itu.



Sesungguhnya yang baik datang nya dari Allah S.W.T.
DAN
segala kekurangan datangnya dari kita sendiri.

Ilmu yang baik apasalahnya dikongsi bersama. kan? janganlah kita menjadi orang yang lokek ilmu. Semoga setiap apa yang kita lakukan akan mendapat keredhaan Allah S.W.T. amiinn.